Syair yang membuat Imam Ahmad Bin Hanbal Menangis
Imam Ahmad Bin Hanbal (rahimahullah) telah ditanya muridnya Abu Hamid al-Khulqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yg berkaitan syurga dan neraka. lalu beliau bertanya :" Seperti apa? contohnya?". Lalu muridnya mendendangkan syair ini, selesai 2 rangkap
pertama Imam Ahmad terus menangis terisak-isak dan meluru masuk ke dalam rumahnya. Tangisan beliau begitu kuat sambil mengulang-ulang 2 rangkap pertama itu. Muridnya meriwayatkan: Kami mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati.
إذا ما قال لي ربي أما استحييت تعصيني؟
وتُـخفي الذنبَ عن خلقيَ وبالعصيانِ تأتيني
Apabila tiba saat Tuhanku berkata padaku:
Tidakkah engkau malu melakukan maksiat kepadaku?
Engkau menyembunyikan dosa dari makhlukku
sedang dengan dosa engkau datang berjumpaku?
فكيف أجيبُ يا ويحي ومن ذا سوف يحمين ؟
Maka bagaimanakah aku boleh menjawabnya
dan siapalah yang boleh mempertahanku?
أسلي النفس بالآمالِ من حينٍ الى حيني
وأنسى ما وراء الموت ماذا بعد تكفيني
Aku sentiasa mendamaikan perasaanku
dengan harapan-harapan dari detik ke detik
Sedangkan aku lupa apa yang berlaku selepas kematian,
apalah yang cukup untukku
كأني قد ضمنتُ العيش ليس الموت يأتيني
Seolah-olahnya aku telah dapat menjamin
akan terus hidup dan kematian tidak akan datang
وجاءت سكرة الموت الشديدة من سيحميني؟
Jika tibalah saat sakit kematian siapalah
yang boleh menahannya dariku?
نظرتُ الى الوُجوهِ أليـس منهم من سيفدينـــي؟
Aku hanya mampu melihat wajah-wajah di depanku
adakah seseorang di kalangan mereka yang boleh menebusku?
سأسأل ما الذي قدمت في دنياي ينجيني
Aku bakal ditanya apalah yang telah aku
persembahkah di duniaku dahulu yang
boleh menyelamatkan daku
فكيف إجابتي من بعد ما فرطت في ديني
Bagaimanalah jawabanku setelah mana aku
mengabaikan urusan agamaku?
ويا ويحي ألــــم أسمع كلام الله يدعوني ؟
Oh! Kesalnya, apakah aku tidak pernah mendengar
kalam Allah yang menyeruku?
ألــــم أسمع لما قد جاء في قاف ويسِ
Apakah aku tidak pernah mendengar
kandungan surah Qaf dan surah Ya Sin
ألـــم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع و الديني
Apakah aku tidak pernah mendengar tentang
hari perhimpunan, perkumpulan dan pembalasan.
ألـــم أسمع مُنادي الموت يدعوني يناديني
Tidak pernahkah aku mendengar penyeru
kematian yang mengajakku dan memanggilku?
فيا ربــــاه عبدُ تــائبُ من ذا سيؤويني ؟
Wahai Tuhanku, inilah seorang hamba
yang kembali, siapalah yang sanggup menerimanya?
سوى رب غفور واسع للحقِ يهديني
Kecuali Tuhan yang maha pengampun, yang maha kaya,
Yang sentiasa memberiku pedoman ke jalan kebenaran.
أتيتُ إليكَ فارحمني وثقــّـل في موازيني
Aku mendatangiMu maka kasihanilah daku
Dan beratkanlah neraca timbanganku
وخفف في جزائي أنتَ أرجـى من يجازيني
Ringankalah pembalasanku kerana Engkau
sahajalah paling diharap kebaikannya
apabila melakukan pembalasan
Friday, October 19, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment